1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Isnin, 30 September 2013

XPERIMENT- HASIL SELEPAS MENGGUNAKAN WHITE TEETH LIGHTENING..

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI..
Hasil selepas EA menggunakan White Light Teeth sangat mendukacitakan kerana tidak berjaya sepenuhnya untuk memutihkan gigi EA. EA rasa lebih baik gosok gigi atau pergi terus ke klinik untuk mencuci gigi. Jika anda tidak percaya boleh cuba sendiri...hehehehe..

(KLIK)**HARI SEBELUM MENGGUNAKAN WHITE LIGHT TEETH

Jumaat, 27 September 2013

REFLEKSI SEMINIT: NABI MUHAMMAD SAW SANGAT MENJAGA KESIHATAN

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI
-REFLEKSI SEMINIT-
** WALAUPUN NABI MUHAMMAD BERUSIA 
55 TAHUN TETAPI MASIH BERTENAGA UNTUK BERJUANG
DALAM 
PERANG BADAR PERTAMA.

Khamis, 26 September 2013

KAJIAN KES : BERNIAGA CARA RASULLALLAH

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT BERDAGANG
Ust Pahrol menjelaskan Rasullah saw merupakan  seorang ahli peniagaan yang berjaya bukan sahaja faktor sifatnya yang jujur. Prinsip yang dipegang dalam perniagaan dan peperangan mejadi  penanda aras kejayaan nabi Muhammad sebagai pedagang dan pemimpin. Ust Pahrol telah mendedahkan rahsia kejayaan nabi Muhammad s.a.w dalam bidang perniagaan dimana ramai dikalangan umat islam tidak tahu.

PERNIAGAAN
><
 PEPERANGAN
(PERNIAGAAN MEMPUNYAI HUBUNGAN DENGAN PEPERANGAN)

>PERNIAGAAN

1.JUJUR                                              
2. AMANAH                                       
3. TABLIQ( MENYAMPAIKAN)                    
*NABI MUHAMMAD S.A.W                     
akan berdangang dengan berkomunikasi bahasa yang sopan dan menggunakan 100 %       fokus gerak badan, eye contact menghadap pelanggan. (macam korang nak usha awek la)
4. BIJAKSANA                                    
*Nabi juga merupakan seoranng pendengar yang baik dan mampu menyelesaikan masalah  secara bijaksana.                                                    
5. KEPAKARAN DALAM 
PERNIAGAAN.
*Nabi juga sangat pakar dalam bidang perniagaan kerana pengalamannya yang luas dan kebijaksanaan dalam mengenalpasti kekuatan dan kelemahan perniagaan.Ilmu juga penting untuk membina strategi.

>PEPERANGAN

 1.SIHAT
 2. PERSEDIAAN AWAL
 (datang lebih awal daripada musuh)
 3. BERFIKIRAN STRATEGIK
(membuat strategi untuk mengalahkan musuh dan tindakan yang perlu   diambil untuk mencapai  kejayaan walaupun bilangan tentera sedikit daripada musuh
       4. FIKIR DILUAR KOTAK
5. PROFESIONALISMA
Kreatif dan Inovatif dalam    melaksanakan suatu tindakan  atau strategi.

**sumber KUM2013..

Isnin, 23 September 2013

MINUM PETANG DI AMAN GADO-GADO

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI..
Selesai upacara (klik) KONVOKESYEN di UPSI, EA dan keluarga meneruskan perjalanan ke Medan Selera Tanjung Malim untuk minum petang. EA telah memilih Kedai Aman Gado-Gado kerana ingin mencuba gado-gado yang dikatakan berlainan dengan gado-gado daripada Indonesia.


Gado-gado ini ialah campuran daripada tempe,tahu, telur rebus, timun, taugey dan juga cucur udang serta ayam dicampurkan dalam satu pinggan kemudian disiram dengan kuah kacang. Kuah kacangnnya sangat sedap dan sedikit kelainan terasa. Harga semangkuk gado-gado ini hanya RM4..

Keadaan cuaca yang panas di Tg Malim, EA telah memilih air nyok@kelapa segar untuk menghilangkan rasa dahaga. Harga secawan air kelapa ini ialah RM3. Jangan risau air kelapa ini memang 100% asli dan hanya ditambah sedikit air gula. Jemput MANDRE..hehhehe..

** Satu lagi destinasi tempat makan yang EA singgah sebelum sampai ke JB..

Isnin, 16 September 2013

KUM:SENARAI PASARAYA YANG MENAWARKAN HARGA PALING MURAH

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT BERDAGANG...

Dato Ameer selaku Pengarah Urusan pasaraya MYDIN telah memberitahu dimana senarai pasaraya yang menawarkan harga paling murah kepada pelanggan. Carta pasaraya yang menjual barangan dengan harga paling murah:

1. ( TIDAK DIBERITAHU)
2.(TIDAK DIBERITAHU)
3.FAMILY MART
4.MYDIN
5.ECONSAVE
6.(TIDAK DIBERITAHU)
7.(TIDAK DIBERITAHU)
8.TESCO
9.AEON BIG/CARREFOUR
10.GIANT

** Perbandingan harga telah dijalankan oleh Mydin Lab.Jika inginkan kepastian anda boleh sendiri pergi kesemua pasaraya yang disenaraikan dan bandingkan sendiri setiap harga yang ditawarkan.

RAHSIA KEJAYAAN MYDIN

Ahad, 15 September 2013

NAJIMAH :D' APPLE FIBRE MEMBONGKAR RAHSIA 3 ARTIS MENYELESAIKAN MASALAH PERUT BUNCIT DAN SEMBELIT

ASSALAMMUALAIKUM  DAN SELAMAT BERDAGANG
Kini tiada lagi rahsia bagi 3 artis tanahair iaitu Nas Adila, Emma Akma dan Jaafar Onn telah berjaya mengurangkan berat badan dan obesiti dengan produk D' Masha.Meraka bukan sembang atau cakap kosong. Mereka telah buktikan dengan menggunakan D' Apple Fibre dan Try to Slim untuk menyelesaikan masalah perut buncit, obesiti dan sembelit. Selain itu, produk yang dikeluarkan oleh Dmasha menggunakan extract buah apple + anggur bagi Dapple Fibre manakala buah roselle + alloevera untuk produk Try to Slim. Sememangnya bila anda minum rasaya bagaikan minum jus buah-buahan.. 

Jika anda berminat untuk mencuba Dapple Fibre atau Try to Slim, dapatkanlah daripada EA. Harga NAJIMAH( Nak Jimat memang boleh ) akan diberikan:
D' APPLE FIBRE
(menyelesaikan masalah perut buncit, sembelit, mempertahankan elasiti kulit, memperbaiki sendi dan tulang, mencantikkan kulit)

TRY to SLIM
( menyelesaikan masalah lebihan lemak atau obesiti, diet berkhasiat )

**HARGA YANG DITAWARKAN TIDAK TERMASUK KOS PENGHANTARAN

Jika berminat untuk mencuba dan ingin kekalkan keyakinan dengan keadaan fizikal yang lebih slim, sila hubungi/pm/msg atau whatsap: 0127156632... 

Sabtu, 14 September 2013

REFLEKSI : PESAN AYAH KEPADA ANAK

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM

Itulah pesan arwahyarham abah sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 11 September 2013 tepat jam 2pagi..EA berdoa supaya arwah abah ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..
Al-fatihah.. 


Selasa, 10 September 2013

TIKET PERCUMA KE KONVENSYEN USAHAWAN MUSLIM

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT BERDAGANG


Pada 7 September 2013, EA telah pergi ke Ibu Kota Kuala Lumpur bagi menghadiri KONVENSYEN USAHAWAN MUSLIM: BISNES SEBAGAI FARDU KIFAYAH. Konvensyen ini telah dianjurkan oleh Mentorniaga. Tiket konvesyen ini berharga RM 150 seorang. Walaubagaimanapun, seorang rakan EA iaitu blogger FAIZ JAMALUDDIN telah belanja EA dan 2 rakan yang lain. Semoga Allah menambahkan rezeki untuk beliau. 6 panelis usahawan telah diundang untuk berkongsikan pengalaman dan ilmu akan bidang keusahawanan.
Antara panelis tersebut ialah:
Ilmu dan pengalaman yang dikongsikan oleh panelis sangat bermanfaat kepada semua usahawan yang hendak memulakan perniagaan, baharu atau sedia ada di pasaran. Semua rahsia kejayaan panelis telah didedahkan dalam konvensyen ini. Jika anda ingin tahu apakah rahsia dan kunci kejayaan mereka.. Tunggu bahagian yang seterusnya...