1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Selasa, 29 Oktober 2013

MEMBACA BUKU AKU CINTA MASALAH

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Bertambah sedikit motivasi diri hari ini apabila membaca buku AKU CINTA MASALAH yang ditulis Mohd Daniel Lim bin Abdullah. Buku ini mendedahkan tindakan yang perlu dilakukan semasa menghadapi masalah samada untuk melawan atau terus merungut.

Buku ini juga sangat menarik kerana setiap isikandungannya berwarna, mempunyai gambar dan diselitkan dengan ayat alquran serta hadis. Selain itu, setiap situasi yang diberikan akan disertakan dengan gambar komek.Ini membuatkan semua peringkat umur sesuai untuk membaca disamping bahasanya yang mudah difahami.
Sekiranya kita berbicara dengan masalah, apakah persepsi kita terhadap masalah tersebut? Semestinya kita akan cuba lari tetapi yang sebenarnya kita harusnya berfikiran rasional dan proaktif untuk menyelesaikannya. Nak lagi informasi? Dapatkan buku ini dipasaran untuk tingkat semangat motivasi anda.Jangan terperanjat.....Best Seller tau...buku ni.

Isnin, 28 Oktober 2013

REFLEKSI: AZAB TUKAR AGAMA ISLAM KE KRISTIAN

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Cerita yang ingin EA kongsikan semoga menjadi pengajaran kepada kita. Selepas kematian suaminya, seorang janda tinggal di Johor berkawan rapat dengan seorang lelaki yang beragama kristian dan mempunyai anak 1. Teman lelaki itu menjadi tempat untuk si janda berkongsi suka dan duka kerana tiada tempat lain untuk dia menagih kasih. Beliau juga tidak dikurniakan cahaya mata. Justeru itu, si janda menjadikan anak teman lelakinya sebagai anak angkat untuk mengubat kesunyiannya. 

Apabila ajal memanggil si janda  ke rahmatulallah, kejadian aneh berlaku semasa orang kampung ingin mengebumikan jenazah si janda. Keranda yang diusung dalam perjalanan  ketanah perkuburan tiba-tiba menjadi berat. Kejadian misteri juga berlaku semasa ditanah perkuburan seakan tanah tidak mahu menerima jasad si janda. 

Penduduk kampung telah dihantui dengan kejadian misteri di malam hari sejak jenazah dikebumikan di kampung tersebut. Ganguan sering berlaku di waktu maghrib seperti roh jenazah berterbangan di atas rumah. Roh jenazah juga akan menjelma dan menghendap di tingkap ahli keluarga terdekat. Terdapat bunyi suara ayam yang riuh-rendah seperti ada yang mengacau atau menangkap.

Waris atau keluarganya telah diberitahu dimana janda itu telah menukar agama Islam ke Kristian sejak berkawan dengan teman lelakinya. Teman lelakinya telah membawa si janda itu ke gereja dan memberi sejenis air. Air itu boleh menyebabkan seseorang itu lupa dan terpengaruh untuk masuk ke agama kristian.

Waris dan ahli keluarga si janda telah membuat keputusan sebulat suara untuk memindahkan jenazah daripada tanah perkuburan kampung itu ke tanah perkuburan daerah lain. Keadaan kampung menjadi aman selepas jenazah di pindahkan. Semoga arwahyarham tenang disana dan ditempatkan dikalangan orang beriman dengan alfatihah yang kita sedekahkan. Alfatihah.

Sabtu, 26 Oktober 2013

#BAJET 14 ULASAN MASYARAKAT MALAYSIA

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM

Senario semasa perbentangan bajet 2014 
SKETSA #BAJET14

**Apa kata anda tentang Bajet 14 kali ini?? Kongsikan pendapat anda diruangan komen.

#BAJET14..KAU KISAH TAKDA SUBSIDI GULA??

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
SKETSA #BAJET14

Selasa, 22 Oktober 2013

MODEL PERBANDARAN - PBS GEOGRAFI TING 2

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM

Hari ini EA telah menjaga kelas tingkatan 2 dan kebetulan terdapat beberapa kumpulan yang sedang menyiapkan prototaip perancangan bandar lestari untuk PBS band 6.Antara prototaip yang berjaya dihasilkan:

Pembukaan Resort ditengah bandaraya

Bandar berpusat yang menempatkan tempat
tinggal awam dan bangunan komersial

Sistem pengangkutan di kota Metropolitan

EA doakan semoga suatu masa nanti protoataip yang dihasilkan boleh dibangunkan menjadi realiti.

Isnin, 21 Oktober 2013

KUIH BOM DI KG LUBOK SIPAT

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI
Cuba teka kuih apakah ini? Jika anda rasa ini ialah jemput-jemput pisang bermakna jawapan anda salah. Kuih diatas dinamakan Kuih BOM dan EA rasa hanya terdapat di Kg Lubok Sipat, Johor. Kuih ini sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi. Kelainan kuih ini ialah harus dimakan dengan mencecah bersama kuah kacang yang dicampur dengan sambal tumis.

Rasanya memang sedap seperti anda makan  char kuey.Harganya sangat - sangat MURAH iaitu 5biji/RM1.00.Walaupun minyak naik RM0.20 tetapi Warung Anchan ini tetap jual dengan harga RM0.20 sebiji...

Jumaat, 18 Oktober 2013

MILO TABUR DINO SUDAH NAIK RM 1.

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Sebelum ini segelas MILO DINO RM3.50

Selepas pulang daripada Hotel Tropical Inn, EA singgah sebentar di Chicken Chop TNB untuk mengeteh. Seperti biasa EA akan beli  MILO TABUR GIANT @ MILO TABUR DINO untuk membasahkan tekak yang haus ini. Semasa membayar di kaunter, EA rasa hairan kerana harga terpapar di mesin berbeza dengan harga yang selalu EA beli. 

Apabila EA semak resit,sebenarnya harga segelas Milo Dino ini telah dinaikkan RM1. Alamak...ayah..nenek..datuk...adakah disebabkan RM0.20 minyak naik milo dino pun naik harga juga ker??Apa boleh buat...lepas nie kalau tak nak bayar lebih buat sendiri...hehehe



Khamis, 17 Oktober 2013

Isnin, 14 Oktober 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 2014

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT HARI RAYA
Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pembaca dan umat Islam satu dunia yang menyambut dan berkorban
sebagai tanda taat kepada sang pencipta dan memperingati
sejarah nabi.

KAJIAN KES : PRINSIP SIMPAN LUPA UNTUK MENJADI JUTAWAN

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAR TENGAHARI
Berdasarkan perkongsian Dato Dr Rusly atau lebih dikenali dengan Chef Li akan pengalamannya menjadi jutawan disebabkan prinsip simpan lupa yang dipraktikkan dalam perniagaannya.

Chef Li berjaya mengejar cita-citanya untuk menjadi jutawan dalam masa 5 tahun dengan perniagaan yang berorientasikan makanan di pasar malam. Hasil keuntungan yang diperolehi akan disimpan kedalam bank sebanyak 1/6. Duit yang disimpan harus dilupakan atau jangan dikeluarkan sehingga mencapai jumlah yang diinginkan. 

Kini, Chef Li sudah berjaya menjadi usahawan dalam sektor kulinari@masakan walaupun diawal penglibatannya menghadapi kesukaran serta pernah mengalami kerugian. Tetapi kesukaran itu yang mengajar Chef Li sehingga berjaya.


**sumber Konvensyen  Usahawan Muslim,2013

Ahad, 13 Oktober 2013

LAYAN LAGU OST BIDADARI- BIDADARI SURGA/OPERA TUHAN - CAKRA KHAN

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG
Lagu Opera Tuhan nyanyian Cakra khan telah dipilih sebagai lagu OST Sinetron Bidadari- Bidadari Surga di Sctv. Lagu ini juga menjadi carian popular di Youtube bagi peminat sinetron ini.Jom layan lagu ini.
CAKRA KHAN-OPERA TUHAN
OST BIDADARI-BIDADARI SURGA

OST CEREKARAMA KALONG KAK DARA DI TV3

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM

ARMADA - CINTA ITU BUTA

NICKY TIRTA FEAT VANESSA - INDAH CINTAKU

MELLY GOESLOW - KEMBALIKAN SENYUMKU


DADALI - BUKU DIARI


ADERA -LEBIH INDAH


ASMIRANDAH -KETULUSAN CINTA

PETERPEN - TAK ADA YANG ABADI


ROSSA - HEY LADIES

Jumaat, 11 Oktober 2013

KERANA TERTUKAR TIKET JPO

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI.
Hari semalam memberikan EA sejarah baharu di JPO disebabkan ingin pulang dengan tergesa-gesa dan akhirnya tertukar tiket parkir kereta.. Semasa EA ingin memasukkan tiket di dalam mesin. Tiba-tiba, tiket itu tidak boleh masuk kedalam mesin tersebut.EA sangat hairan...

Kereta di belakang sudah beratur panjang. EA mula memjadi tidak tenang dan kusut.... Kemudian, Bro Guard keluar daripada pondok dan meluru ke tempat EA untuk bertanya.

Bro Guard: Encik ada masalah apa?
EA : Kenapa saya punya tiket parkir tidak boleh masuk kedalam mesin ini?
Bro Guard itu rasa hairan...
Bro Guard : Boleh saya mintak tiket En.
EA : Boleh..
Bro Guard : En. Ini bukan tiket parkir.. Tiket parkir lain dan saiznya kecil sedikit dan bukan seperti biznes kad..

EA : HAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA.......!!!!!
EA: Jadi,Macam mana nie En?
Bro Guard: Awak undo dan pergi cari dekat atas mesin pembayaran. Jika tidak ada pergi kaunter pertanyaan bayar dekat sana denda RM50 kerana tiket hilang....

EA undo kereta untuk parking dan terus lari ke mesin pembayaran. Rasa takut dan cuak pun ada bila sampai  dimesin sebab tiada tiket yang terjatuh atau terjuntai...Aduhhh...nak buat macam mana ni. EA cuba meraba-meraba diatas mesin tersebut.Alhamdulillah dan akhirnya EA jumpa tiket yang sebenarnya. Syukur masih ada lagi insan yang bertanggungjawab dan jujur. Akhirnya, dapat juga EA keluar daripada JPO tanpa didenda sebanyak RM50. Terima kasih kepada insan yang meletakkan tiket diatas mesin itu dan Bro guard yang memang mesra pelanggan.

 ** Bila teringat semula rasa macam nak ketawa sampai perut....hehehe

Khamis, 10 Oktober 2013

MAKAN MALAM DI STEAMBOAT LAGI BEST

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Makan malam kali ini EA telah pergi ke Restoran Lagi Best terletak di Taman Gaya dimana menjual makanan steamboat dan bbq. 
Pelbagai aneka bebola, makanan laut, daging, ayam dan juga desserts. Anda boleh memilih makanan sebanyak yang anda suka. Sekiranya makanan yang anda ambil tidak habis, cas akan dikenakan berdasarkan 100gm/RM5.90.(x sure @igt2 lupa)
Cara masaknya seperti kedai steamboat yang lain.(Kena sabarlah menunggu yer)  Bagi EA sup tomyamnya memang spesial jika dimasukkan dengan bebola. Rasanya memang enak. Lebih enam jenis sos yang disediakan seperti bbq, blackpaper,kuah sate dan lain-lain. Pada hari yang EA makan, sos bbq dan blackpaper rasanya sedikit masin. Itu yang tidak bestnya. 

Harga yang ditawarkan sangat berpatutan iaitu satu kepala RM21. Sebelum balik jangan lupa pekena ais krim jagung untuk menyejukkan badan.hehehehe..

**Jika ada yang ingin jemput EA datang ke restoran anda dengan potongan harga atau percuma.sila pm atau tinggalkan pesanan diULASAN...

Selasa, 8 Oktober 2013

PERMOHONAN TEACH FOR MALAYSIA 2015

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Malam ini selesai juga EA membuat permohonan untuk menyertai Program Teach For Malaysia ambilan pelajar 2015. EA telah meluangkan masa selama lebih kurang 3jam untuk mengisi permohonan secara dalam talian. Soalannya berbentuk isi tempat kosong dan membuat esei.Jadi kenalah ambil masa sedikit untuk berfikir dan menjawab soalan esei.. Harapan macam biasalah.. Semoga dapat melangkah ke proses seterusnya.

Rabu, 2 Oktober 2013

RAHSIA DISEBALIK KHASIAT AIR KELAPA

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG

Air kelapa sememangnya minuman yang boleh menyegarkan badan  dan boleh dijadikan perubatan alternatif selain daripada menghilangkan rasa dahaga. Antara rahsia disebalik air kelapa:
1. Air kelapa merupakan air herba yang berkhasiat dan menyegarkan.
2.Air kelapa juga berfungi menyegarkan minda dan menyejukkan badan.
3. Ia juga bertindak untuk mengekalkan berat badan dan meningkatkan sistem imuniti badan
4.Merawat rasa pedih ulu hati dan penghadaman
5. Merawat masalah cacing didalam perut

**sumber Buku Mama Saya Lapar

CANDY PLASTICINE

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
RABU TANPA BICARA