1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Isnin, 30 Disember 2013

SANTAI DI KOTA SINGAPURA : ESPLANADE

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM


Daripada (KLIK)JALAN KELANTAN kami teruskan perjalanan ke Esplanade Singapura. Bumbungnya kelihatan seperti durian. Sekali parkir kereta berharga $8. Esplanade ini merupakan pentas bagi penayangan teater. Ia seperti Istana Budaya jika di Malaysia.
Semasa kami sampai, teater Circle of Hope sedang ditayangkan. Kami hanya mengambil gambar di ruang utama Esplanade ini. 
Patung Kayu ini merupakan simbolik untuk teater Circle of Hope
Selain itu, pelbagai jenis teater di pentaskan disini
Gambar pun dah banyak ditangkap dan rasanya cukup untuk EA lepak disini.Jadi tanpa membuang masa EA gerak ke Merlion Park. Nak tahu apa yang EA lakukan semasa disana?? Tungguu...

Sabtu, 28 Disember 2013

SANTAI DI KOTA SINGAPURA:KEDAI SPARE PART AH BOY

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PETANG
Pada 25 Disember 2013, EA telah lepak buat pertama kalinya di Kota Singapura walaupun tinggal di Johor Bahru. EA telah masuk kesana bersama seorang rakan dan abang EA. Kami kesana menaiki kereta dan rakan EA yang memandu serta membawa kami sepanjang lepak disana. Lokasi pertama selepas melepasi CIQ, kami telah pergi ke Kedai Ah Boy alat ganti motorsikal.
Kedai alat ganti Ah Boy ini terletak dijalan Kelantan dan sangat popular samada di Singapura atau Johor Bahru. Selepas survey barang disana, kami terlihat bazat karat yang terletak tidak jauh daripada kedai ini.
Sebelum itu, pastikan anda parkir kereta di tempat yang betul. Jika tidak.. biasalah surat cinta akan dikeluarkan. Kami beruntung kerana parkir percuma dikawasan perumahan dan tiada bayaran dikenakan pada hari cuti umum.
Cuaca disini tidak begitu baik dan hujan turun renyai-renyai. Jadi kami hanya dapat melawat 3 hingga 4 kedai sahaja sebab ramai peniaga yang mula berkemas.
Sebelum lepak ke tempat lain, EA lepak sebentar untuk pokona ais krim potong. Harga ais krim ini hanya $1. 
Teringat zaman kanak-kanak dimana selalu makan ais krim ini. 
Terdapat pelbagai perisa dan anda boleh pilih aiskrim  biskut atau roti . EA pilih ais krim roti durian dan rasanya urrmmm
memang terasa isi durian.
Jemput makan..

**Teruskan bersama EA untuk mengetahui lokasi yang akan EA lepak santai.

Rabu, 25 Disember 2013

PERASMIAN PRODUK RADIGLOW

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Pada 17 Disember 2013, produk kesihatan Radiglow telah mengadakan acara perasmian produknya walaupun ia sudah dipasarkan dipasaran. Irma Hasmie telah dipilih untuk menjadi duta produk Radiglow ini.

Acara perasmian ini telah dimeriahkan dengan persembahan pembukaan yang dinyanyikan oleh Aleeya.

Fahrin Ahmad juga hadir sebagai MC bagi memeriahkan acara tersebut.

Majlis ini menjadikan ia lebih ekklusif apabila Anuar Zain juga mendendangkan sebuah lagu dalam majlis tersebut.
Ramai lagi artis yang hadir dalam acara tersebut seperti Norish Karman, Zaiton Sameon dan lain-lain. EA harapkan semoga produk Radiglow ini dapat berkembang dan dapat membantu anda yang ingin kelihatan cantik serta sihat.

KAJANG KUCING SAYA

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
RABU TANPA BICARA

Selasa, 3 Disember 2013

TONTON/DOWNLOAD DRAMA MENJINAK OMBAK SLOT ZEHRA TV3 EPISOD 1 HINGGA AKHIR

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MENONTON

MENJINAK OMBAK EPISOD 1

MENJINAK OMBAK EPISOD 2
MENJINAK OMBAK EPISOD 3

MENJINAK OMBAK EPISOD 4


MENJINAK OMBAK EPISOD 5
MENJINAK OMBAK EPISOD 6

MENJINAK OMBAK EPISOD 7


MENJINAK OMBAK EPISOD 8
MENJINAK OMBAK EPISOD 9


MENJINAK OMBAK EPISOD 10
MENJINAK OMBAK EPISOD 11



MENJINAK OMBAK EPISOD 12
MENJINAK OMBAK EPISOD AKHIR

OST DRAMA MENJINAK OMBAK SLOT ZEHRA TV3

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
DRAMA MENJINAK OMBAK SLOT ZEHRA TV3
SHAHIR-DIA YANG KAU PILIH

WALI-DOAKU UNTUKMU SAYANG

HAZAMA- CINTA TERAGUNG


NASI AYAM TEMPAYAN DI SEKOLAH HENRY GURNEY

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT TENGAHARI
Menu yang menjadi pilihan EA semasa berada di Melaka iaitu Nasi Ayam Tempayan.Nasi ayam ini sangat berbeza kerana ciri dan tekstur rasanya sudah diubah mengikut citarasa timur tengah dan barat. Ayam yang dibakar dalam tempayan menjadikan rasanya begitu sedap dan berbeza dengan yang lain..Selain itu, ia juga dihidangkan dengan mashpotato serta kuah sup yang pekat dan memukau.
Ayam dimasak didalam tempayan.
Sepinggan nasi ayam ini berharga RM6. Disamping itu, ada juga nasi daging kambing golek masak ladahitam yang ditawarkan berharga RM10. Kepada penggemar daging kambing jangan lupa untuk cuba kerana daging kambing yang dimasak tiada rasa hamis dan rasanya seperti lamb chop.
Seekor kambing yang dibakar dan dimasak lada hitam.
Lokasi gerai yang menjual nasi ayam tempayan ini berdekatan dengan Sekolah Henry Gurney, Melaka. 

**Jika ada yang ingin jemput EA datang ke restoran anda dengan potongan harga atau percuma.sila pm atau tinggalkan pesanan diULASAN...

Isnin, 2 Disember 2013

KEMBARA AVANZA DI MELAKA

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM
Pada 22 November 2013 yang lalu, EA dan kawan-kawan telah pergi ke negeri Melaka. Kami ke sana kerana kawan EA ada urusan untuk diselesaikannya. Nak pulang kerumah pun awal lagi. Akhirnya kami telah membuat keputusan untuk bersiar-siar di bandaraya Melaka pada hari tersebut..hehehehe.
Berehat dan solat jumaat
Perjalanan bermula dengan singgah sebentar di Mahkota Parade untuk berjumpa sahabat. Selepas penat window shopping di MP kami teruskan perjalanan menjelajah negeri Melaka dengan menaiki kereta...Lihat pemandangan daripada kereta sangat terbaik kerana tidak penat dan santai.
Bazaar Telok Mas, Melaka
Daripada Melaka ke Muar kami singgah sebentar di Bazaar Telok Mas.Jika sudah sampai Melaka tidak beli belacan macam tak lengkap. Jadi kami cari belacan disini untuk dibawa pulang kerumah. Kraftangan pun ada jual. 
Pilih-pilih belacan..ada belacan bakar,biasa,tebal dan nipis
EA nasihatkan sebelum beli lebih baik tanya daripada satu kedai ke kedai lain. Jangan terus beli sebab kalau pandai cari boleh dapat harga yang lebih murah.