1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Isnin, 30 November 2015

POTRET MAJLIS MAKAN MALAM di PADANG GOLF SENAI,JOHOR

Assalammualaikum dan Selamat Malam.

Beberapa gambar akan EA kongsikan di majlis makan malam.










DINNER ATAU MAKAN MALAM DI LE GRANDEUR PALM RESORT SENAI,JOHOR

Assalammualaikum dan Selamat Malam.
Pada 20 November 2015, sekolah EA telah mengadakan majlis makan malam di Le Grandeur Palm Resort Senai,Johor. Majlis ini diadakan untuk semua warga sekolah dan meraikan pelajar tingkatan 5.
Daripada banyak makanan yang dihidangkan, fish fillet herb dan udang rendang memang terangkat rasanya...Sangat sedap.
Kami semeja..memang terbaik.
Sebelum pulang, sempat lagi EA dan kawan-kawan berinstagram. 

Selasa, 17 November 2015

ULANG TAHUN KE 25

Assalammualaikum dan Selamat Malam
Selamat ulang tahun yang ke 25 EA. Hari ini EA cuba berkongsi kebahagiaan dengan adik beradik dan ibu dengan makan kek bersama. Tahun ini begitu berbeza kerana kek yang EA beli ditempah daripada Azlyna Bakeries Tenggaroh 4. Kebiasaannya EA akan membeli di kedai Kek Resepi Rahsia..kah kah kah... 

Isnin, 16 November 2015

KAJIAN KES: "ANAK MALAYSIA TAK SUKA SAYUR"

Assalammualaikum dan Selamat Malam.
Berdasarkan pemerhatian EA terhadap anak kaum Cina atau Tiong Hua yang telah menyertai kem motivasi, kebanyakan peserta lebih mementingkan makan sayur daripada ikan atau ayam. Mereka akan minta lebih sayur dalam hidangan. Tiada masalah bagi mereka untuk makan nasi dengan sayur.

 Jika dibandingkan dengan anak Melayu (termasuk EA), kita lebih suka makan lauk daripada sayur. Cuba lauk habis mesti rasa malu untuk makan sayur dengan nasi.

Jumaat, 13 November 2015

POTRET di PASIR LANUN

Assalammualaikum dan Selamat Petang

Gambar pilihan yang boleh EA jadikan simpanan.




Selasa, 10 November 2015

SANTAI DI PANTAI PASIR LANUN

ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT PAGI.

Pada 7 hingga 9 November, EA telah menjadi fasilitator di Pantai Pasir Lanun dalam Kem Motivasi 2015.

Banyak aktiviti yang telah dijalankan seperti Sukaneka, Night Jungle Trekking, Berkayak, Mendaki bukit dengan melintasi beberapa halangan serta Persembahan Rimba.





Selasa, 3 November 2015

JUARA KERUSI MUZIK

Assalammualaikum dan Selamat malam.
Pada 31 Oktober, EA ada menyertai pertandingan kerusi muzik yang telah dianjurkan oleh Midas Mart sempena sambutan ulang tahun. 
EA menyertai pertandingan ini kerana ditarik oleh DJ Helmi Best Fm semasa melihat promosi harga aiskrim. Sebenarnya EA ke sini ingin membeli ubi. Ubi tak ada tetapi yang dapat voucher RM10 dan hadiah sebagai juara kerusi muzik. Alhamdulillah.