1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Isnin, 2 Mei 2016

DOWNLOAD KONSERT RENTAP KASI SENTAP XPDC VS MAY

Assalammualaikum dan Selamat Petang.

Malam Hari Pekerja EA pergi ke konsert Rentap kasi Sentap yang menggabungkan 2 kumpulan rock terkenal tanah air iaitu XPDC vs MAY. Penampilan XPDC sangat istimewa kerana ada persembahan daripada versi Ali dan Mael. 

Geng Boroi Maharaja Lawak berceloteh sebelum konsert dimulakan.

XPDC versi Ali membuat persembahan pertama. Antara lagu yang dinyanyikan seperti Sakinah,Ulat dan Kulat, Titian perjalanan, Tak Nak jadi So Chai,Teman,Metalica Madley dan Semangat yang hilang.

Paling best..Ali sempat lagi bagi tazkirah untuk mengingatkan fans kepada tuhan dan rasul.


Persembahan diteruskan dengan kumpulan May. Lagu-lagu yang dinyanyikan oleh Mus seperti Strategi, Dari Kacamata,Pelayaran,
Cintamu Mekar di Hati, Sinar, Siapa Kau.
May juga telah menjemput ONey untuk menyanyikan lagu Jemu. Mus juga telah belanja semua pembeli tiket untuk masuk ke rock zone. Ini macam rock zone barulah meriah dan layan.


Mael XPDC membuat persembahan yang terakhir. Banyak lagu yang dinyanyikan Mael daripada album yang pertama. Cuba anda teka apa album XPDC yang pertama? Betulll...Darjah satu. Persembahan Mael memang bertenaga dari pukul 11malam hingga 1pagi.


Persembahan diteruskan lagi walaupun jam sudah pukul 1pagi dengan battle of the band antara MAY dan XPDC. Mael nyayi lagu gadih bertudung putih manakala MUS nyanyi lagu C.I.N.T.A. memang evergreen dan layan.. Berbaloi tiket yang EA beli dengan persembahan yang dorang belanja.

Tiada ulasan: