1 KLIK MEMBERI 1001 MAKNA

Khamis, 29 Disember 2016

KONGSI:KENA CCRIS TAK BAYAR HUTANG PTPTN

Assalammualaikum dan Selamat Petang

EA baharu dapat tahu nama EA dikatakan telah disenaraikan dalam CCRIS setelah ingin mendapatkan surat pengesahan pembayaran dari PTPTN. Punca mesti anda dah dapat agak.. Ada tunggakan PTPTN.Jumlahnya agak besar seperti 10%muka vios,city atau almeera..Kalau nak surat tu, EA kena selesaikan tunggakan.

EA telah berjumpa dan berunding dengan 2 pegawai PTPTN.

Pegawai pertama.

PP : Dalam sistem kami, En. ada tunggakan. En. perlu jelaskan jumlah tunggakan. Lepas tunggakan sudah dijelaskan, kami akan bagi surat pengesahan pembayaran dan nama En bersih daripada CCRIS.

EA: tapi saya mana ada duit sebanyak tu.

PP: En boleh bayar guna akaun 2 KWSP. En dah kerja berapa lama?

EA:mmmm.. ada cara lain x?

PP: Ya,ada. En boleh bayar separuh daripada tunggakan. Selepas pembayaran, kami boleh beri dokumen tu tapi nama En masih lagi dalam CCRIS. 

PP:  Pinjaman En bergantung kepada pihak bank. Ada bank yang tidak meluluskan pinjaman jika nama dalam CCRIS.

EA: Boleh x kalau saya nak rendahkan bayaran bulanan?

PP: En juga boleh  struktur semula atau pendekkan tempoh pembayaran selepas tunggakan dijelaskan. Namun nama En masih dalam CCRIS.


Petang pula, EA pergi ke cawangan PTPTN yang lain untuk membuat separuh daripada tunggakan. EA berpura-pura seperti tidak tahu apa-apa dan meminta khidmat nasihat daripada pegawai di sana. 

PP2: Jika En nak bayar separuh daripada tunggakan dan penstrukturan pembayaran, nama En masih lagi dalam CCRIS.

EA: Ya, at least saya boleh proceed loan.

PP2: short term loan mungkin lulus tapi long term akan ada masalah kalau En nak beli rumah. Bagi saya, saya x galakkan struktur semula pembayaran sebab beri kesan pada pinjaman akan datang. Penstrukturan ni bermaksud En buat perjanjian baru. Jumlah pembayaran bulanan dan tempoh pinjaman bergantung gaji semasa dan caruman KWSP.

PP2: Ada yang beli rumah 400k, 500k, loan approved lepas selesai semua tunggakan berbanding restructure. 

PP2: Analoginya, bank nak lepaskan pinjaman ker sedangkan PTPTN En restructure. Ini En nak tambah lagi loan lagi.

EA tersenyap dan berfikir....

PP2:Lebih baik En balek,fikir betul-betul. Kalau En. masih nak bayar separuh kami boleh terima tapi kena berurusan dengan pegawai pertama yang En jumpa.

Persamaan soalan daripada 2 pegawai tersebut.
PP1 & PP2: Kenapa x bayar ikut perjanjian yang ditetapkan?
EA: Sebelum ni gaji saya cukup-cukup jer. Sekurang-kurangnya saya ada bayar juga. Kerajaan cakap kalau  x mampu,bayar sikit-sikit. Rm50 pun leh tapi sekarang..........

Apa tindakan dan keputusan EA??

Bayar separuh pun tak dan restructure PTPTN pun x. Habis loan cam mane? EA cancel loan..






Selasa, 20 Disember 2016

NAJIMAH:RADIO MINI MP3 USB

Assalammualaikum dan Selamat Malam
Disebabkan siaran Suria FM dan Best FM, EA beli radio mini di Lazada dengan harga sangat tersangat murah RM9.90. EA rasa berbaloi sebab suara speaker OK, ada MP3 dan senang nak dibawa ke mana-mana. Paling best dapat dengar suara DJ Lin dan semua Dj Best Fm.

Ahad, 13 November 2016

LEPAK DE ISKARNIVAL SAMA-SAMA PUTERI HARBOUR

Assalammualaikum dan Selamat Petang

Semalam, EA dan kawan-kawan lepak di Iskarnival Nusajaya Sama-Sama. Karnival ini bertemakan Art of Speed. Jadi, aktiviti lebih bagi pameran automotif dan motosikal, pertunjukkan sukan lasak dan artis-artis jalanan turut ditampilkan.

Booth pertama kami lawati ialah booth membuat kertas menggunakan serat nanas. Kami diberi percuma penanda buku. Akak yang jaga booth ni pun mesra dan layan.
 Ini pula booth Johor Youth Hub. Kami singgah sini sebab nak baju percuma. Amek gambar dalam frame dan dapat baju.
 Layan sebenyar busker yang menyanyikan lagu Kau Ilhamku. Suara dia sangat padu.
Wefie Selfie


Lepak bersama penunggang profesional motorcross nombor 1 dunia dari Australia yang berlatih tak agak-agak selama 20 tahun.
Sebelum pulang, kami bergambar di pentas budaya sambil menyaksikan persembahan budak BOS. 


Sabtu, 12 November 2016

SANTAI: XPDC FZ150 KE SHAH ALAM DAN IPOH

Assalammualaikum dan Selamat Pagi.
Untuk cuba sesuatu yang berbeza, percutian kali ini EA pilih dengan menunggang motosikal ke Shah Alam dan Ipoh. 

05/11/2016
Dari JB ke Shah Alam mengambil masa 4 jam dan kami telah berhenti rehat sebanyak 3 kali. 

Tiba di Shah Alam, kami pergi check in hotel lalu masuk ke Dataran Cendiakawan UITM untuk mengeteh.Pada waktu malam pula, EA telah dibawa makan malam di seksyen 7, lihat lampu ICT dan ronda-ronda sekitar bandar Shah Alam.

06/11
Bangun jer tidur, kami terus check out dan sarapan di Nasi Lemak Cinta. Pukul 12 tengah hari, kami mulakan perjalanan dari Shah Alam ke Ipoh. Perjalanan mengambil masa selama 5 jam setengah. Kami hanya berhenti rehat sekali di RnR Tg. Malim.

Pada waktu malam, kami hanya lepak dan makan malam. Penat pun masih terasa, jadi kami pulang ke rumah kawan EA awal. 

07/11
Setelah misi selesai, kami pulang ke JB selepas waktu subuh. Kami bergerak pulang pukul 7 pagi dan sampai di rumah pukul 7 malam. Dari terasa embun pagi hingga terasa panas mentari. Kos Dari JB ke Ipoh menggunakan motor FZ150 berjumlah RM40.

Sabtu, 22 Oktober 2016

LEPAK De ISKARNIVAL,NUSAJAYA

Assalammualaikum dan Selamat Pagi.


EA dan kawan-kawan sempat melepak di Iskarnival pada 16 Oktober 2016. Karnival ini menghimpunkan semua jenis penggiat seni indi. Memang layan sebab ada banyak persembahan dan pameran.













Sabtu, 11 Jun 2016

SANTAI (PB5N1D) MALAM KEDUA DAN HARI KETIGA DI CAMERON HIGHLAND

Assalammualaikum dan Selamat Berpuasa.


Kami bertolak dari Gong Badak pukul 2.00 petang dan tiba di Cameron Highland pada pukul 8.30 malam. Jalan masuk ke Cameron Highland jam kerana musim cuti sekolah.

Sampai Brincang, EA dan kawan EA terus cari hotel bajet. Kebanyakan hotel pada musim ini penuh. Alhamdullillah,kami dapat juga hotel yang sangat selesa untuk melelapkan mata di Hotel Chuan Gin.


Kemudian,kami terus pergi ke pasar malam untuk mencari cenderamata dan strawberi kering. Pastikan anda kena pandai tawar menawar bagi mendapatkan harga yang menarik. 



Perut pun terasa lapar selepas penat berjalan di pasar malam. Justeru itu, kami pergi ke Medan Selera untuk makan malam. Semasa kami sampai, 2 kedai yang masih buka iaitu kedai char kuey teow dan western. 

Pada hari ketiga,kami check out dan terus menuju ke ladang strawberi. Oleh sebab bukan musim strawberi,jadi kami tidak dibenarkan untuk memetik buah strawberi. Justeru itu, kami bersantai dengan menikmati strawberi coklat dan ais krim. Sungguh sedap. 






Kami juga singgah di ladang FAMA. Bayaran masuk ke ladang ini hanya RM3 seorang. Di sini, anda boleh melihat pelbagai jenis bunga,buah-buahan dan landskap rumah. 





Aktiviti di Cameron berakhir dengan minum segelas teh di Cameron Valley House.

Jumaat, 3 Jun 2016

SANTAI (PB5N1D) : HARI KEDUA DI TERENGGANU

Assalammualaikuk dan Selamat Petang.

Selepas bangun dari tidur, kami bersiap dan cari kedai untuk sarapan pagi. Kami pergi bersarapan di warung tepian Pantai Tok Jembal. Pemilik warung ni cadangkan makanan paling istimewa ialah mee sup. Kami pun pilih makanan yang dicadangkan. 

Selepas itu, kami pergi ronda-ronda kawasan UMT dan UNISZA bagi melihat pemandangan pantai. Kami juga pergi membeli keropok losong sebagai tanda sudah berada di bumi Darul Iman.


Acara yang sangat penting di sini ialah hadir ke majlis perkahwinan kawan EA. Selepas check out kami pergi ke majlis kahwin tersebut. Disamping itu, EA juga dapat mengetahui adat majlis perkahwinan orang Terengganu. EA ucapkan selamat pengantin baharu kepada Sarah dan Suaminnya....

Kemudian percutiaan kami diteruskan ke Cameron Highland.

Khamis, 2 Jun 2016

SANTAI (PB5N1D):HARI PERTAMA DI TERENGGANU

Assalammualaikum dan Selamat Pagi.
EA bertolak dari Kulai ke Terengganu pada hari Sabtu pukul 1 pagi selepas minum di kedai mamak. Sampai di Terengganu pukul 8.30pagi.
Kami teruskan perjalanan ke Gong Badak untuk mencari sarapan. Kami telah bersarapan di My Mom Nasi Lemak dan lokasinya terletak di Gong Badak.
Kawan EA cadangkan nasi lemak tetapi EA pilih laksam supaya padan dengan percutian di Pantai Timur. 

Selepas sarapan, kami pergi ke Pantai Buruk untuk melihat keindahan laut. Persekitaran yang cantik menjadikan kami terasa sangat teruja untuk bergambar di sana.
Kemudian, kami pergi mencari rumah tumpangan untuk menginap di sana selama satu malam. EA dikhabarkan kebanyakan hotel sudah penuh namun kami jumpa juga rumah tumpangan yang terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Sultan Mizan di Gong Badak. Kami tinggal di Tidoq Hotel.
Selepas solat zohor, kami ke Kuala Terengganu untuk mencari makan tengah hari.Kami makan tengah hari di Restoran Mat Binjai. 
Kami juga pergi ke Kampung Cina dan Pasar Payang. Banyak graviti  dan mural dilukis di bangunan kedai sekitar Kampung Cina. Dari Kampung Cina ke Pasar Payang kami berjalan kaki. EA tidak membeli apa-apa kerana barang yang dicari tiada.



Waktu masih panjang lagi, kami pergi ke Masjid Kristal. Masa ini ramai pasangan pengantin mengambil gambar di persekitaran masjid. EA juga turut solat maghrib di masjid ini.
 Aktiviti diteruskan dengan makan malam di Pantai Buruk.  Kami makan sambil menonton perlawanan bola persahabatan di antara Malaysia menentang Myanmar.
Oleh sebab ingin melihat pantai, EA telah memandu kereta mengikut gerak hati untuk mencari pantai sepanjang perjalanan dari KT ke Gong Badak.chia chia chia..Akhirnya jumpa juga papan tanda Pantai Tok Jembal. Dengan keyakinan, EA masuk lorong dan bertanya dua awek yang lalu bagi mendapatkan kepastian.
EA sangat terkejut apabila tiba di pantai itu kerana banyak kedai makan hipster dan penghibur jalanan sedang membuat persembahan. Tempat ini sangat meriah dan menjadi kawasan melepak budak UMT dan UNISZA untuk makan malam.

Parkir kereta di tepi pantai menyebabkan kereta kami terjerlus dalam kehalusan pasir pantai. Nasib baik ada yang orang tolong kami tolak kereta. 

Setelah sampai di hotel,kawan EA mandi lalu pergi ke lobi main snoker manakala EA terus pejamkan mata.